Powered By Blogger

Friday, 17 February 2012

DEBAT NAJIB - ANWAR

Kalau di negara2 barat bahkan negara serantau, mana-mana pemimpin yang dibuktikan bersalah dari segi moral, salah guna kuasa atau korup tidak akan terlepas dan akan didedahkan dalam media perdana bagi menegakkan kebenaran…tetapi di malaysia pemimpin yang dikatakan menghadapi isu intigriti yang serius selain isu moral yang dahsyat mendapat kecaman, tohmah dan fitnah yang berterusan sehingga dihumban ke penjara atas sebab kepentingan politik….inilah bezanya Malaysia dengan negara luar. Apabila dibuktikan pemimpin tersebut tidak bersalah beliau dibebaskan dan mendapat sama ada pihak pembangkang dan juga rakyat…Inilah kisah DS Anwar, ketua pembangkang di Malaysia yang cukup hebat, tidak seperti ketua pembangkang negara lain… Sehingga kini, bertalu-talu cubaan musuh politik beliau menyerangnya dengan berbagai cara termasuk dari bekas-bekas rakannya dahulu, DS Anwar semakin kuat mendapat sokongan dalam dan luar negeri.  Adakah DS Anwar bersalah?  Fikirkanlah sendiri, tetapi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno yang lain yang kebanyakan dari mereka menjadi pengampu pemimpin rasuah, DS Anwar sememangnya layak mendapat sokongan.

Paling terbaru isu video sex dikaitkan dengan pemimpin pembangkang itu tidak dapat meyakinkan rakyat!..ramai orang yang melihatnya menganggap pelakunya bukan DS Anwar…. Sejak awak kisahnya sudah nampak bohong.  Cuba kita ingat kembali awal mula cerita yang dibawa oleh Eskay.  Beliau menceritakan, sewaktu beliau bersama DS Anwar keluar meninggalkan hotel tersebut, DS Anwar minta beliau mengambil jamnya yang tertinggal di dalam bilik hotel.  Eskay masuk bilik mengambil jam dan terjumpa wayar alat perakam video yang disorokkan.  Beliau mengambil alat tersebut dan setelah dibuka, beliau terperanjat apabila melihat kononnya aksi seks DS Anwar dengan seorang wanita Cina.  Tetapi, di dalam pengakuannya bersama kumpulan `Datuk T' di dalam sidang media kemudiannya, beliau mengaku terlibat di dalam perancangan video seks berkenaan.  Mana satu yang betul?  Mula-mula terjumpa alat, kemudiannya mengaku pula terlibat?
Lebih memeningkan, laporan bercanggah dari Eskay dengan pihak Polis.  Ada laporan menyebut berlaku di hotel dan ada laporan menyebut berlaku di kondo.  Ada laporan menyebut wanita Cina seorang pelajar, ada menyebut bukan pelajar.  Itu belum dikira kandungan di dalam video berkenaan yang jelas secara fizikalnya pelaku bukanlah DS Anwar.  Tambahan pula, mereka yang telah menonton video berkenaan termasuk wartawan dapat mengesahkan fitnah ini.  Jam Omega?  Ada yang dakwa jam tersebut dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi.  Tetapi akhirnya disahkan jam tersebut didaftar di Taiwan.  Pihak Polis menyebut bahawa isu jam sudah selesai.
Mereka mempersoalkan, mengapa DS Anwar tidak tunjukkan jam tersebut?  DS Anwar bukan bodoh untuk menampilkan bukti awal sebelum kes dibawa ke mahkamah (jika dibawa).  Sewajarnya, mereka kena mencabar Eskay tunjukkan jam Omega yang kononnya ada pada beliau.  Bukankah sipenuduh dibebankan dengan bukti bukan yang dituduh?  Bodoh sangat DS Anwar jika beliau terpaksa menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum si penuduh mengemukakan bukti. 
Najib juga pernah berkata, Anwar jangan mencabar beliau kerana beliau tahu semuanya tentang moral Anwar dan beliau takut Anwar demam jika beliau dedahkan.  Di dalam keadaan Tok Jib tahu segala-galanya itu, mengapa Tok Jib tidak mahu membantu mahkamah untuk memperkuatkan kes dan dakwaan bahawa Anwar meliwat Sepol pemuda yang sembahyang Jumaat tanpa mencuci dubur dan mandi hadas ini?  Itu lah yang menjadi sebab mengapa amat sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa Anwar memang bermoral rendah.  Jadi, Bloggers pencacai Umporno harus menyalahkan Mahdey Kutty dan Tok Jib kerana tidak bersedia untuk membantu mahkamah di dalam kes yang mereka berdua `amat tahu' sebenarnya.

Oleh yang demikian, usahlah Bloggers Umporno menyalak lagi menyalahkan pihak lain.

No comments:

Post a Comment