CATATAN KOMEN2 DAI BLOG PENCACAI
- Nam Ron telah memberi komen pada papagomo.com.Dalam rangka lawatan ke Timur Tengah, Anwar telah pun menemui pemimpin-pemimpin dunia Islam dalam mengiratkan persaudaraan seperti pemimpin Islam tersohor di dunia, Sheikh Yusuf Al-Qardawi dan juga Khalid Mish'al di Doha, Qatar…selain bertemu dengan Perdana Menter Recep Tayyip Erdogan dan kabinet beliau, Ketua Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmad Muhammad Ali, pendokong tegar Palestin, Sheikh Abdul Q...adir dan juga Secretary General OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Ini bermakna dengan pertemuan tersebut selain dalam rangka mengiratkan lagi sillaturrahim, maka tuduhan parti Umno dan juga kerajaan bahawa Anwar adalah kawan, penolong dan talibarut Israel terlucut dengan sendirinya.
Rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar masih lagi pemimpin dunia Islam yang menyokong penuh pergerakan membebaskan Palestin dan juga beliau adalah pemimpin dunia Islam yang bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain.
Dengan proses kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir dan Libya di mana pengisian dari revolusi ini adalah diisi oleh orang - orang Islam yang ada kaitan dengan gerakan Islam, kita bolih rumuskan ianya selari dengan usaha yang dibawa olih Anwar di Malaysia. Walaupun Parti Keadilan Rakyat bukannya parti Islam, tetapi dengan perjuangan untuk keadilan sejagat, hak - hak kemanusian, 'transparency' dan 'accountability', yang mana ini adalah nilai-nilai Islam yang murni itu sendiri. Apatah lagi bilamana usaha ini dapat gandingan Parti Islam Malaysia, PAS. Rakyat Malaysia berbilang kaum pula tidak perlu bimbang kerana nilai - nilai sejagat dan juga Islam ini jugalah yang diperjuangkan olih gerakan - gerakan pembaharuan di seluruh dunia sekarang ini sehingga terhasilnya revolusi arab, di benua Arab.
Oleh itu, masyarakat Islam di Malaysia yang beraspirasikan Islam dalam memerintah sebuah kerajaan tidak perlu sangsi dengan Anwar, malah hendaklah yakin dengan Anwar dalam menegakkan dan memerintah negara dengan beraspirasikan nilai-nilai Islam ini. Dengan itu janganlah kita terkongkong dengan mentaliti jumud, yang mana Islam adalah Melayu dan Umno penyelamat bangsa melayu!
No comments:
Post a Comment